Sabtu, 27 Jun 2009

HIKMAT PENCIPTAAN MATAHARI

hazlan hj. mohammad

ALLAH berfirman yang bermaksud:'' Dan ALLAH menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita" ( Nuh:17)ALLAH menciptakan ini untuk kepentingan manusia, namun hanya ALLAH yang mengetahui segala ragam dah hakikatnya. Kita dapat menikmati indahnya suasana ketika matahari mulai terbit dan tenggelam.Dari terang menjadi gelap. Di siang hari manusia bertebaran dimuka bumi ini dengan aktiviti masing- masing. Dan di waktu malam dapat merasakan ketenangan dan kesunyian untuk berehat merasakan ketenangan dan dapat mengembalikan kekuatan fizikal setelah letih beraktiviti dalam satu hari mencari dan mendapatkan apa yang di perlukan.


Matahari akan sentiasa berfungsi dan memberikan manfaat pada makhluk di dunia ini. Terbit tenggelam silih berganti,akibat putaran matahari dalam rangka memberikan kemaslahatan pada alam. Fenomena tersebut telah di terangkan oleh ALLAH S.A.W dalam firman yang bermadsud; " Katakanlah, terangkanlah kepadaku jika ALLAH menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain ALLAh yang akan mendatangkan sinar terang kepada mu. Oleh itu, apakah kamu tidak mendengar?".( Al-Qashash;71)Perhatikan bagaimana ALLAH mengatur terbit matahari bagi kepentingan alam dan jarak waktu yang terjadi antara siang dan malam. Dan ALLAH jadikan gerhana matahari ada hikmahnya. kita sebagai manusia menikmati ciptaan ALLAH yang tiada tandingnya untuk merenung kerana setiap yang ALLAH cipta dan kejadian-kejadian yang berlaku ada tersembunyi sesuatu dan ada yang tak tercapai oleh akal akal manusia untuk menghuraikan secara terperinci. Tiada yang kekal melainkan ALLAH, Hanya amal kita yang baik akan berkekalan hingga ke akhirat nanti.

10 fitrah manusia cantik

1. Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi.

3. Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.

4. Membersihkan sendi tangan. Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki. ia boleh dilakukan semasa mengambil wuduk atau semasa mandi.

6. Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam tidak menggalakkannya dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar.

8. Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah, bangun tidur dan ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit). Wanita diwajibkan berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.

Jumaat, 26 Jun 2009

assalamualaikum........

selamat bertemu kembali... sorry buat peminat sb lama tak update.sbnarnya bukan malas...tapi line internet rosak.... ni baru dapat connect... buat masa sekarang ni aktiviti kat sekolah datang bertubi-tubi.ada LADAP laa..mesyauarat laa..kelas ganti..nak hantar laporan dan macam-macam beban lagi...rasa macan nak resign pun ada..Kepada sesiapa yang berminat nak jadi guru tu...fikirlah habis2..bersambung..................