Khamis, 16 Julai 2009

IMAM PEMIMPIN SOLAT DAN MASYARAKAT

Email Oleh : mohd naim mohd zain
Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZINPERANAN

imam tidak sekadar mengetuai solat fardu berjemaah tetapi menjadi tempat rujukan umat Islam. HADIS Rasulullah SAW di atas menunjukkan betapa umat Islam disuruh menunaikan rukun Islam kedua ini secara berjemaah. Lagipun solat berjemaah bukan memerlukan bilangan yang ramai memadai sekurang-kurangnya dua orang, seorang imam dan seorang lagi makmum.Berjemaah pada solat Jumaat adalah wajib atau fardu ain manakala bagi solat fardu yang lain ada yang mengatakan hukumnya sunat muakkad, fardu kifayah dan juga fardu ain. Namun, sebahagian besar ulama mengatakan hukum solat berjemaah adalah fardu kifayah.Ia berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, "Bila sahaja ada tiga orang di dalam satu kampung atau dusun tidak mendirikan solat berjemaah, mereka akan digoda oleh syaitan. Lantaran itu hendaklah kamu berjemaah, sesungguhnya serigala selalu memakan kambing liar yang terasing (yang jauh daripada kumpulannya)". (riwayat Abu Daud)Antara individu yang berperanan penting dalam solat jemaah ialah imam. Mereka bukan sahaja mengetuai solat fardu berjemaah, tetapi juga paling dekat dengan masyarakat. Lebih-lebih lagi apabila berlaku kematian, akikah, kenduri kendara, nikah kahwin dan mengetuai solat berjemaah.Secara amnya, semua kita adalah imam iaitu pemimpin yang akan dipertanggungjawabk an di hadapan Allah kelak. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW yang maksudnya: Kamu sekelian adalah pengembala (pemimpin) dan akan diminta dipertanggungjawabk an tentang kepimpinannya. Seorang penguasa adalah pemimpin, seorang suami adalah pemimpin ke atas anggota keluarganya. Kamu sekelian adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas kepimpinannya. (riwayat Bukhari)Mengikut sejarah, profesion imam telah bermula sejak zaman Nabi SAW. Baginda adalah Ketua Negara, imam solat dan juga Ketua Angkatan Perang kaum muslimin.Pada zaman kesultanan Melayu pula, beberapa sultan seperti Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Sultan Zainal Abidin (Terengganu) dan Sultan Alaiddin (Selangor) dikatakan pernah menjadi imam solat berjemaah.Imam juga menjadi tempat rujukan penduduk setempat apabila berhadapan sesuatu masalah atau mendapatkan nasihat berhubung sesuatu. Justeru, para imam perlu sentiasa mempamerkan sahsiah mulia serta melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.Ini sesuai dengan fungsi imam yang lebih luas sebagai orang bertanggungjawab mengenai bidang agama dan sosial setempat bagi melaksanakan tugas menyebar luaskan semangat keagamaan serta memenuhi khidmat kemanusiaan kepada sesiapa yang memerlukan sekadar yang termampu.Menyedari hal ini, Pusat Latihan Pengurusan Masjid, Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) dan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menganjurkan Kursus Imam Surau Daerah Kuala Selangor pada 6 hingga 8 Julai lalu.Kursus tiga hari yang dihadiri oleh 90 imam itu berlangsung di ILDAS, Sabak Bernam, Selangor.Ketua Pegawai Penyelaras Masjid Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, Ramli Sidom berkata, para imam perlu mempunyai sahsiah yang baik kerana mereka menjadi contoh kepada anak-anak kariah.Kata beliau, para imam bukan sahaja perlu mempunyai akhlak mulia dalam percakapan, pemikiran dan perbuatan tetapi juga perlu sentiasa menjaga syariat serta menghindar daripada melakukan maksiat serta terlibat dengan perkara syubhat.Selain itu, imam perlu mempunyai hubungan kemasyarakatan yang mesra dengan anak-anak kariah supaya dapat mengetahui masalah mereka dan anak kariah pula tidak segan untuk mengadu hal kepada imam."Pendek kata, imam yang ideal sentiasa kreatif menghidupkan roh Islam di masjid, surau dan di kalangan jemaahnya."Oleh itu, kedudukan imam sebagai pengurus dalam sektor masjid atau surau dengan jawatankuasa pengurusan mempunyai ikatan koordinasi yang saling bekerjasama dalam mentadbir kegiatan masjid sehingga berjaya," katanya.Ramli berkata demikian semasa menyampaikan kertas kerja bertajuk, 'Sahsiah Imam yang Berwibawa'.Pada program itu, turut diadakan Tahsin Qiraat untuk memperbaiki mutu bacaan al-Quran para imam.Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 45 orang satu kumpulan. Mereka diuji membaca fatihah, ayat lazim dan juga tahiyat akhir. Program ini dibimbing oleh dua guru iaitu Napiah Sahrani dan Abu Yani Omar.Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, Zainal Abidin Sulaiman pula menekankan pentingnya para imam menguasai dan memahami syarat sah, rukun, sunat dan pantang larang dalam solat.Katanya, selain mengetahui rukun, syarat sah dan perkara yang membatalkan solat, para imam juga perlu menguasai ilmu tajwid agar bacaan fatihah dan tahiyat akhir itu dibaca dengan betul dan tepat."Para imam juga perlu segera muhasabah diri apabila ditegur dengan perkataan subhanallah oleh makmum dalam solat. Sudah tentu ada perkara yang tidak kena."Jangan pula apabila ditegur sedemikian, para imam teruskan juga solat tanpa membetulkan kesilapan sama ada tertinggal ayat, terlebih atau terkurang bilangan rakaat dan sebagainya," jelasnya.Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja 'Fiqh Solat' pada kursus tersebut. Pada sesi yang sama, para peserta mengambil peluang melontarkan pelbagai soalan berkaitan ibadat solat.Antaranya termasuk bagaimana imam memberitahu makmum apabila solatnya batal semasa dalam kedudukan sujud, hukum sujud sahwi apabila tertinggal doa qunut, keharusan mempercepatkan solat apabila mendengar suara anak kecil menangis di masjid dan sebagainya.Menurut Zainal lagi, para imam harus melihat keadaan kesesuaian jemaahnya sebelum memutuskan sama ada membaca surah yang panjang atau sebaliknya semasa solat. Sebab itu antara syarat menjadi imam mestilah disukai oleh makmum.Pendek kata, para imam perlu meraikan para jemaah iaitu jika majoriti jemaah itu golongan bekerja maka elakkan membaca surah yang terlalu panjang semasa solat subuh pada hari bekerja.Demikian juga jika ramai jemaah golongan tua, maka imam hendaklah memilih surah yang sederhana panjangnya supaya tidak memuradatkan jemaah yang berkenaan.Kata Zainal, apabila hak-hal sebegini diraikan, insya-Allah masjid atau surau akan lebih makmur dengan lebih ramai jemaah datang menunaikan solat berjemaah.Tambah beliau, solat berjemaah juga melatih diri berdisiplin dan patuh kepada ketua dan melahirkan simbol perpaduan dan kerjasama di anatara sesama Muslim.Malah, Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: Kalaulah mereka tahu tentang kelebihan pahala solat Isyak dan Subuh berjemaah, mereka akan datang sekalipun merangkak (bagi orang yang tidak boleh berjalan). (Muttafaq alaih)
AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM :

Email Oleh : anuaraniBULAN MUHARRAMTanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskinDisunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluargaMengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap merekaMemperbanyakkan bacaan zikir dan selawatSesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya
BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWAL
BULAN RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.REJABBersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan AllahSesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari AllahSesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjalSesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginyaSesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginyaSesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannyaSesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali gandaOrang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari saljiDalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.

BULAN SYAABAN
Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali gandaAllah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali gandaSetiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhuRamadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api nerakaDituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lainBanyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

BULAN SYAWAL
Amalan sunat di bulan Syawal :Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :a)Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitrib)Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantikc)Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinyad)Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjide)Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lainf)Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjidg)Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah terbenam matahari pada hari raya tersebut.Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun.

"BULAN ZULKAEDAH
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.BULAN ZULHIJJAHDari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh AllahTanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh AllahTanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kuburTanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmatTanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannyaTanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh AllahTanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :a)Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.b)Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adhac)Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang laind)Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjide)Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

Arah kiblat boleh disemak Khamis ini (16 Jul 2009)

Email Oleh : Perwira bin OsmanUmat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.- BERNAMA